Saturday, June 9, 2012

Business Plan -Gandaria Hardware Enterprise


GANDARIA HARDWARE ENTERPRISE
GANDARIA HARDWARE ENTERPRISE
LOT 19549 JALAN GONG BADAK,
21300 KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU DARUL MAN.
OLEH
WAN A LATIF BIN WAN YUSOF
(LATEHAN PENWUJUDAN USAHAWAN -9 / 2007)

l.O PENGENALAN

GANDARIA HARDWARE ENTERPISE merupakan sebuah pemiagaan pelbagai barangan hardware yang dimiliki Wan A Latif Bin Wan Yusof, iaitu seorang bekas guru. GANDARIA HARDWARE ENTERPISE (GHE ) dirancang untuk beroperasi di LOT 19549 Jalan Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman pada Februari 2008 dengan jumlah kos projek sebanyak RM 100 ,000.00 .
GHE akan mengusahakan perniagaan berbentuk peruncitan dengan menawarkan pelbagai produk bahan binaan kepada pelanggan perseorangan dan kontaktor- kontraktor binaan. Pembangunan pesat di sekitar kawasan Gong Badak amnya dan pertumbuhan projek - projek perumahan khasnya mewujudkan peluang dan permintaan untuk perniagaan ini.
2.0 OBJEKTIF RANCANGAN PERNIAGAAN
Rancangan perniagaan ini disediakan sebagai panduan untuk memulakan sebuah perniagaan hardware. Sebagai panduan kepada pengusaha rancangan perniagaan ini akan mengenal pasti perkara - perkara yang perlu dilakukan dari aspek pengurusan, pembekal, potensi pasaran dan kod yang terlibat dalam melaksanakan perniagaan yang dirancang. Di samping itu rancangn perniagaan ini akan dikemukakan kepada MARA atau Dana Usahawan Negeri Terengganu (DUNT, SME BANK ) untuk tujuan pembiayaan sebanyak RM 50 ,000 .00 .


3.0 PRODUK GHE
GHE menawarkan produk - produk berikut:
a) Simen
b) Cat (kayu dan simen)
c) Atap (asbestos, zink dan genting )
d) Papan lapis
e) Alatan binaan
4.0 LOKASI PERNIAGAAN
GANDARIA HARDWARE ENTERPRISE terletak di Lot 19549 Jalan Gong Badak ,21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.




 
7.0 Rancangan Pemasaran

7.1 Pasaran sasaran
  • Sasaran utama pasaran GANDARIA HARDWARE ENTERPISE ialah penduduk di Taman Perumahan Gong Badak 1,2,3 dan 4 . Keempat -empat kawasan perumahan ini merupakan campuran kawasan perumahan kos rendah dan kos sederhana. Selain itu Taman Srijaya dan Taman Desa Bakti dalam pembinaan dan dijangka siap pada akhir tahun 2009.
  • GANDARIA HARDWARE ENTERPISE juga menumpukan perhatian kepada pemaju- pemaju perumahan khususnya UDA Land Berhad, Syarikat Abdul Wahab dan Anak -anak dan Syarikat Perumahn Harris Sdn Bhd.
7.2 Trend dan Saiz Pasaran
  • Kawasan perumahan Gong Badak merupakan kawasan yang sedang pesat membangun dan dihuni kira -kira 53 ,000 penduduk. Selain dari taman perumahan terdapat juga rumah - rumah yang didirikan milik persendirian. Keperluan terhadap barang -barang binaan seperti atap, cat, simen dan sebagainya memang diperlukan untuk membina rumah - rumah baru atau mengantikan alat - alat yang sudah usang.
  • Perkembangan sedemikian membuka peluang kepada GHE untuk meraih kejayaan.Walau bagaimanapun kejayaan GHE dikawasan yang dicadangkan perlu mengambil kira kuasa membeli serta keperluan penduduk setempat dari aspek kepelbagaian produk, kos produk dan citarasa mereka. GHE membuat anggaran yang agak pesimistik, iatu saiz pasaran dianggarkan berdasarkan belian minimum pelanggan sasaran .Saiz pasaran dikira seperti berikut:
a) Pelanggan individu
Anggaran belian minimum isi rumah untuk barangan hardware sebulan sebanyak RM50.00 dengan anggaran bilangan rumah sebanyak 2000 buah rumah berada dalam radiuskawasan sasaran.
RM 50.00 x 12 Bulan x 2000 buah rumah
Saiz pasaran dianggarkan RM 1.2 juta setahun.
 
b) Pelanggan pemaju perumahan
Sasaran GHE ialah sebanyak 20 orang kontraktor binaan yang beroperasi disekitarGong Badak dan Kg. Wakaf Tembusu denagn anggaran pembelian minimum sebanyak
RM 3000.00 sebulan.
RM 5000.00 x 12 Bukan x 20 Pemaju
Saiz pasaran dianggarkan RM 1.2 juta setahun.

7.3 Persaingan
Pada masa ini terdapat 2 buah perniagaan hardware yang sedang beroperasi disekitar kawasan perumahn Gong Badak dan Wakaf Tembusu
a) Perniagaan ABH Sdn. Bhd. Beroperasi di Gong Badak
b) Perniagaan Abd. Manaf Hardware Beroperasi di Wakaf Tembusu
Sdn. Bhd.

7.4 Syer Pasaran
Dalam tempoh 1 hingga 3 tahun perniagaan GHE mensasarkan jualan sekurangkurangnya 20 % daripada saiz pasaran.

7.5 Ramalan Jualan
a. Kos tetap yang perlu ditanggung GHE ialah sebanyak RM8000.00 sebulan. Setelah mengambil kira pelbagai keperluan kos tetap tahunan yang lain, jumlah kos tetap sebanyak RM 105 ,000 .00 setahun. Berdasarkan anggaran untung kasar sebanyak 30% jualan minimum yang diperlukan pada tahun pertama sebanyak RM 350 ,000 .00 untuk menampung perbelanjaan.
b. Ramalan jualan GHE dikira berdasarkan anggaran permintaan penduduk setempat dan prestasi jualan pesaing seperti berikut:


8.1 Belanjawan Pemasaran
Waktu operasi  pukul 9 pagi hingga 6 petang dan akan tutup pada hari jumaat.

9.2 Keperluan bahan / belian stok
Barangan stok diperoleh daripada 3 pembekal utama iaitu Syarikat Seng Cheong Sdn Bhd, Winsley Hardware Sdn Bhd dan KTSPS Trading. Sebagai stok permulaan GHE akan memperoleh bekalannya secara tunai.

9.3 Keperluan Tenaga Kerja
Tiada - Tugasan operasi dijalankan oleh pekerja yang sama dengan bahagian pemasaran dan pentadbiran. Urusan pekerja akan dijelaskan di bahagian Rancangan Pentadbiran.

9.4 Mesin Dan Peralatan  
Pembekal untuk mesin dan peralatan masih belum di kenalpasti. Walau bagaimanapun anggaran harga adalah berdasarkan semakan yang dibuat beberapa buah kedai.
9.5 Susun atur ruang operasi
Lot kedai yang bakal disewa berukuran 20' x 60' . Sedikit ubahsuai perlu dibuat bagi memastikan runag kedai sesuai untuk operasi sebagai sebuah kedai hardware.
9.6 Belanjawan Operasi
















11.0 RANCANGAN KEWANGAN
11.1 Kos pelaksanaan projek
Jumlah kos bagi melaksanakan projek ini ialah RM 100 ,000 . Jumlah ini merangkumi kos bagi membiayai pembelian aset-aset tetap, modal kerja (2 bulan), keperluan lain dan peruntukan luar jangka sebanyak 5 % daripada jumlah kos projek.
11.2 Sumber pembiayaan projek
Daripada jumlah kos pelaksanaan projek sebanyak RM 100 ,000, pengusaha akan menyumbang modal sendiri sebanyak RM 50 ,000 dan bakinya sebanyak RM 50,000 akan dibiayai melalui pembiayaan Dana Usahawan Negeri Terengganu (DUNT), SME BANK untuk tempoh 10 tahun pada kadar faedah 3.5 % setahun. 








11.3 Aliran wang tunai
Kedudukan wang tunai perniagaan seperti yang di bentangkan dalam pro-forma penyata aliran wang tunai berada dalam keadaan baik. Wang tunai yang di sumbangkan oleh pengusaha mampu menampung pembayaran bagi bulan pertama operasi sebelum jualan bermula. Jualan yang dijangka bermula pada bulan kedua tahun 2008 akan menampung pembayaran tunai setiap bulan. Baki wang tunai terkumpul pada akhir tahun 2008 ialah RM 118,950 , manakala wang tunai terkumpul bagi tahun 2009 dan 2010 masing-masing berjumlah RM196,972 dan RM252,136 .
11.4Keuntungan
Pro-forma penyata pendapatan menunjukan untung perniagaan selepas cukai bagi tahun pertama operasi berjumlah RM 42,917 . Dalam tahun 2009 dan 2010 untung selepas cukai masing-masing berjumlah RM 78,917 dan RM 77,317 .
11.5 Kedudukan Kewangan
Pro-forma kunci kira-kira menunjukkan nilai aset terkumpul pada akhir tahun pertama berjumlah RM 163,470. Jumlah ini meningkat dalam tahun kedua dan ketiga iaitu masing- masing sebanyak RM 239,912 dan RM 293,496.

12. RUMUSAN
Analisis kewangan menunjukan perniagaan ini mempunyai kedudukan yang baik dari segi kecairan dan keuntungan. Ini disebabkan permintaan daripada masyarakat terhadap produk hardware sangat menggalakkan dan penerimaan mereka terhadap perkhimatan hardware semakin terbuka.

 

 

9.0 Rancangan Operasi
9.1 Proses Operasi

8.0 Strategi Pemasaran
Tumpuan utama strategi pemasaran GHE ialah membuat hebahan tentang pembukaan sebuah kedai Hardware baru di kawasan Gong Badak dan Wakaf Tembesu. Oleh yang demikaian, strategi promosi berikut adalah dirancang:
a. Menggantung bunting dan banner pembukaan kedai Hardware baru di hadapan kedai, di sepanjang jalan Gong Badak dan di simpang- simpang jalan yang difikirkan strategik.
b. Menawarkan cabutan bertuah untuk pelanggan yang datang membeli dalam kuantiti minimum di kedai.Butiran pelanggan akan menjadi pangkalan data pelanggan GHE.
c. Potongan harga diskaun untuk barangan tertentu.
d. Semua pekerja bersikap mesra pelanggan.
Berdasarkan pengamatan GHE, ciri - ciri palanggan sekitar dijangka mempunyai kurang kuasa untuk memmbeli peralatan perumahan yang berjenama mahal. Oleh itu, GHE akan menawarkan lebih pilihan produk yang berharga berpatutan tanpa mengabaikan aspek kualiti. Kepelbagaian dan kuantiti produk kos tinggi akan ditambah sekiranya terdapat permintaan.