Business Plan - Gandaria Hardware Enterprise

GANDARIA HARDWARE ENTERPRISE









8.1 Belanjawan Pemasaran
9.0 Rancangan Operasi
9.1 Proses Operasi
Waktu operasi
pukul 9 pagi hingga 6 petang dan akan tutup pada hari jumaat.
9.2 Keperluan bahan / belian stok
Barangan stok diperoleh daripada 3 pembekal utama iaitu Syarikat Seng Cheong Sdn
Bhd, Winsley Hardware Sdn Bhd dan KTSPS Trading. Sebagai stok permulaan GHE
akan memperoleh bekalannya secara tunai.

9.3 Keperluan Tenaga Kerja
Tiada - Tugasan operasi dijalankan oleh pekerja yang sama dengan bahagian
pemasaran dan pentadbiran. Urusan pekerja akan dijelaskan di bahagian Rancangan
Pentadbiran.
9.4 Mesin Dan Peralatan
Pembekal untuk mesin dan peralatan masih belum di kenalpasti. Walau bagaimanapun
anggaran harga adalah berdasarkan semakan yang dibuat beberapa buah kedai.
9.5 Susun atur ruang operasi
Lot kedai yang bakal disewa berukuran 20' x 60' . Sedikit ubahsuai perlu dibuat bagi
memastikan runag kedai sesuai untuk operasi sebagai sebuah kedai hardware.
9.6 Belanjawan Operasi
 
 
Sebagai permulaan GHE akan beroperasi enam had seminggu dari
















11.0 RANCANGAN KEWANGAN
11.1 Kos pelaksanaan projek
Jumlah kos bagi melaksanakan projek ini ialah RM 100 ,000 . Jumlah ini merangkumi kos bagi membiayai pembelian aset-aset tetap, modal kerja (2 bulan), keperluan lain dan peruntukan luar jangka sebanyak 5 % daripada jumlah kos projek.
11.2 Sumber pembiayaan projek
Daripada jumlah kos pelaksanaan projek sebanyak RM 100 ,000, pengusaha akan
menyumbang modal sendiri sebanyak RM 50 ,000 dan bakinya sebanyak RM 50,000
akan dibiayai melalui pembiayaan Dana Usahawan Negeri Terengganu (DUNT), SME
BANK untuk tempoh 10 tahun pada kadar faedah 3.5 % setahun. 














12. RUMUSAN
Analisis kewangan menunjukan perniagaan ini mempunyai kedudukan yang baik dari
segi kecairan dan keuntungan. Ini disebabkan permintaan daripada masyarakat terhadap
produk hardware sangat menggalakkan dan penerimaan mereka terhadap perkhimatan
hardware semakin terbuka.
11.3 Aliran wang tunai
Kedudukan wang tunai perniagaan seperti yang di bentangkan dalam pro-forma
penyata aliran wang tunai berada dalam keadaan baik. Wang tunai yang di sumbangkan
oleh pengusaha mampu menampung pembayaran bagi bulan pertama operasi sebelum
jualan bermula. Jualan yang dijangka bermula pada bulan kedua tahun 2008 akan
menampung pembayaran tunai setiap bulan. Baki wang tunai terkumpul pada akhir tahur
2008 ialah RM 118,950 , manakala wang tunai terkumpul bagi tahun 2009 dan 2010
masing-masing berjumlah RM196,972 dan RM252,136 .
11.4Keuntungan
Pro-forma penyata pendapatan menunjukan untung perniagaan selepas cukai bagi
tahun pertama operasi berjumlah RM 42,917 . Dalam tahun 2009 dan 2010 untung
selepas cukai masing-masing berjumlah RM 78,917 dan RM 77,317 .
11.5 Kedudukan Kewangan
Pro-forma kunci kira-kira menunjukkan nilai aset terkumpul pada akhir tahun
pertama berjumlah RM 163,470. Jumlah ini meningkat dalam tahun kedua dan ketiga
iaitu masing- masing sebanyak RM 239,912 dan RM 293,496.

8.0 Strategi Pemasaran
Tumpuan utama strategi pemasaran GHE ialah membuat hebahan tentang pembukaan
sebuah kedai Hardware baru di kawasan Gong Badak dan Wakaf Tembesu. Oleh yang
demikaian, strategi promosi berikut adalah dirancang:
a. Menggantung bunting dan banner pembukaan kedai Hardware baru di
hadapan kedai, di sepanjang jalan Gong Badak dan di simpang- simpang
jalan yang difikirkan strategik.
b. Menawarkan cabutan bertuah untuk pelanggan yang datang membeli
dalam kuantiti minimum di kedai.Butiran pelanggan akan menjadi
pangkalan data pelanggan GHE.
c. Potongan harga diskaun untuk barangan tertentu.
d. Semua pekerja bersikap mesra pelanggan.
Berdasarkan pengamatan GHE, ciri - ciri palanggan sekitar dijangka mempunyai kurang
kuasa untuk memmbeli peralatan perumahan yang berjenama mahal. Oleh itu, GHE akan
menawarkan lebih pilihan produk yang berharga berpatutan tanpa mengabaikan aspek
kualiti. Kepelbagaian dan kuantiti produk kos tinggi akan ditambah sekiranya terdapat
permintaan.
Sebagai sebuah perniagaan peruncitan, susun atur barangan akan diberi perhatian. Produk
akan disusun mengikut kumpulan, contohnya cat, simen, besi cerucuk, atap dan
sebagainya.

4.0 LOKASI PERNIAGAAN
GANDARIA HARDWARE ENTERPRISE terletak di Lot 19549 Jalan Gong Badak ,21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.




7.0 Rancangan Pemasaran

7.1 Pasaran sasaran
  • Sasaran utama pasaran GANDARIA HARDWARE ENTERPISE ialah penduduk di Taman Perumahan Gong Badak 1,2,3 dan 4 . Keempat -empat kawasan perumahan ini merupakan campuran kawasan perumahan kos rendah dan kos sederhana. Selain itu Taman Srijaya dan Taman Desa Bakti dalam pembinaan dan dijangka siap pada akhir tahun 2009.
  • GANDARIA HARDWARE ENTERPISE juga menumpukan perhatian kepada pemaju- pemaju perumahan khususnya UDA Land Berhad, Syarikat Abdul Wahab dan Anak -anak dan Syarikat Perumahn Harris Sdn Bhd.
7.2 Trend dan Saiz Pasaran
  • Kawasan perumahan Gong Badak merupakan kawasan yang sedang pesat membangun dan dihuni kira -kira 53 ,000 penduduk. Selain dari taman perumahan terdapat juga rumah - rumah yang didirikan milik persendirian. Keperluan terhadap barang -barang binaan seperti atap, cat, simen dan sebagainya memang diperlukan untuk membina rumah - rumah baru atau mengantikan alat - alat yang sudah usang.
  • Perkembangan sedemikian membuka peluang kepada GHE untuk meraih kejayaan.Walau bagaimanapun kejayaan GHE dikawasan yang dicadangkan perlu mengambil kira kuasa membeli serta keperluan penduduk setempat dari aspek kepelbagaian produk, kos produk dan citarasa mereka. GHE membuat anggaran yang agak pesimistik, iatu saiz pasaran dianggarkan berdasarkan belian minimum pelanggan sasaran .Saiz pasaran dikira seperti berikut:
a) Pelanggan individu
Anggaran belian minimum isi rumah untuk barangan hardware sebulan sebanyak RM
50.00 dengan anggaran bilangan rumah sebanyak 2000 buah rumah berada dalam radius
kawasan sasaran.
RM 50.00 x 12 Bulan x 2000 buah rumah
Saiz pasaran dianggarkan RM 1.2 juta setahun.
 
b) Pelanggan pemaju perumahan
Sasaran GHE ialah sebanyak 20 orang kontraktor binaan yang beroperasi disekitar
Gong Badak dan Kg. Wakaf Tembusu denagn anggaran pembelian minimum sebanyak
RM 3000.00 sebulan.
RM 5000.00 x 12 Bukan x 20 Pemaju
Saiz pasaran dianggarkan RM 1.2 juta setahun.

7.3 Persaingan
Pada masa ini terdapat 2 buah perniagaan hardware yang sedang beroperasi disekitar
kawasan perumahn Gong Badak dan Wakaf Tembusu
a) Perniagaan ABH Sdn. Bhd. Beroperasi di Gong Badak
b) Perniagaan Abd. Manaf Hardware Beroperasi di Wakaf Tembusu
Sdn. Bhd.

7.4 Syer Pasaran
Dalam tempoh 1 hingga 3 tahun perniagaan GHE mensasarkan jualan sekurangkurangnya
20 % daripada saiz pasaran.

7.5 Ramalan Jualan
a. Kos tetap yang perlu ditanggung GHE ialah sebanyak RM8000.00 sebulan. Setelah
mengambil kira pelbagai keperluan kos tetap tahunan yang lain, jumlah kos tetap
sebanyak RM 105 ,000 .00 setahun. Berdasarkan anggaran untung kasar sebanyak 30%
jualan minimum yang diperlukan pada tahun pertama sebanyak RM 350 ,000 .00 untuk
menampung perbelanjaan.
b. Ramalan jualan GHE dikira berdasarkan anggaran permintaan penduduk setempat
dan prestasi jualan pesaing seperti berikut:


2.0 OBJEKTIF RANCANGAN PERNIAGAAN
Rancangan perniagaan ini disediakan sebagai panduan untuk memulakan sebuah
perniagaan hardware. Sebagai panduan kepada pengusaha rancangan perniagaan ini
akan mengenal pasti perkara - perkara yang perlu dilakukan dari aspek pengurusan,
pembekal, potensi pasaran dan kod yang terlibat dalam melaksanakan perniagaan
yang dirancang. Di samping itu rancangan perniagaan ini akan dikemukakan kepada
MARA atau Dana Usahawan Negeri Terengganu (DUNT, SME BANK ) untuk
tujuan pembiayaan sebanyak RM 50 ,000 .00 .

3.0 PRODUK GHE
GHE menawarkan produk - produk berikut:
a) Simen
b) Cat (kayu dan simen)
c) Atap (asbestos, zink dan genting )
d) Papan lapis
e) Alatan binaan

l.O PENGENALAN

GANDARIA HARDWARE ENTERPISE merupakan sebuah pemiagaan pelbagai
barangan hardware yang dimiliki Wan A Latif Bin Wan Yusof, iaitu seorang bekas guru. GANDARIA HARDWARE ENTERPISE (GHE ) dirancang untuk beroperasi di LOT
19549 Jalan Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman pada
Februari 2008 dengan jumlah kos projek sebanyak RM 100 ,000.00 .
GHE akan mengusahakan perniagaan berbentuk peruncitan dengan menawarkan
pelbagai produk bahan binaan kepada pelanggan perseorangan dan kontaktor- kontraktor
binaan. Pembangunan pesat di sekitar kawasan Gong Badak amnya dan pertumbuhan
projek - projek perumahan khasnya mewujudkan peluang dan permintaan untuk
perniagaan ini.
GANDARIA HARDWARE ENTERPRISE
LOT 19549 JALAN GONG BADAK,
21300 KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU DARUL MAN.
OLEH
WAN A LATIF BIN WAN YUSOF
(LATEHAN PENWUJUDAN USAHAWAN -9 / 2007)

2 comments: